Friday, 30 September 2011

Sate Ayam Dan Kuah Kacang




Bahan-bahanya
3 keping dada ayam
2 keping bahagian peha boneless
sedikit halia ( agak-agak je, sebesar ibu jari)
sedikit lengkuas ( sebesar ibu jari)
2 sudu besar jintan manis
sedikit gula melaka ( dipotong kecil)
3 sudu besar gula
sedikit garam
1/4 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 sudu besar madu
*Untuk Kuah Kacang*
2 paket kacang tanah
1 batang serai
1/4 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula
Bahan sampingan menu sate ayam
ketupat segera, timun dan hirisan bawang besar
( lidi sate tu kalau boleh rendam kejap dengan air, untuk mengelakkan daripada terbakar masa panggang atas dapur gas nanti).
Cara-caranya ( sate ayam)
1. Potong isi ayam, jangan terlalu kecil atau terlalu besar, agak-agak je, biar sesuai untuk di cucuk pada lidi sate nanti,  Blender halus, bawang besar, halia , lengkuas, jintan manis, bawang putih hingga hancur.
2. Gaul sebati ayam dengan bahan kisar tadi, dan masukkan gula melaka, gula, madu dan garam. Perap di dalam peti ais lebih kurang 3 jam tau lebih, perap semalaman, baru sedap.
3. Cucuk kan pada lidi sate, dan bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 minit, jangan bakar dalam oven hingga sate menjadi perang, nanti sate akan kering, bila dah cukup 20 minit tu keluarkan dan panggang sebentar di atas dapur gas, untuk dapatkan pemukaan garing pada sate tu, baru nampak sedap bila nak makan nanti. ( hitam sikit pun takpe lagi sedap). Masa ni boleh renjis sate tu dengan sedikit minyak.
Buat Kuah Kacang
1. Blender kacang tanah hingga hancur, nak kasar sikit pun boleh, ketepikan, kemudian blender bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi bersama serai  yang di belah dua ataupun serai yg telah dititik serta cili kisar, tumis hingga garing, selepas itu  masukkan kacang tanah, kacau sebati. Kemudian, masukkan 1/2 cawan air asam jawa dan 1 cawan air, kacau selalu, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula, bila kuah agak pekat dan naik minyak baru tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama sate ayam, Selamat Mencuba.

Nota: Masa nak bakar sate tu dalam oven renjiskan sate ayam dahulu dengan sedikit minyak, kemudian baru bakar, biar nampak cantik berminyak bila selesai dibakar nanti. Nilah menu lunch, dinner dan sarapan dapat banyak juga, puas makan. : )

Kurma Ayam





Bahan2:

1/2 ekor ayam (potong sedang)
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 btg kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 biji buah keras
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar Rempah Kurma
1/4 cwn santan
2 btg cili merah
2 biji tomato
Minyak untuk menumis

Itu bahan2 yer...cara2 ..tumis mcm biasa kita masak kari...bezanyer cuma tukar serbuk tu kpd Rempah Kurma tuh...ok!!

Ayam Masak Merah




BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
2 biji bawang besar- dipotong membulat
3 cm kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 batang serai-dititik
8 sudu besar sos tomato
6 sudu besar cili sos
3 sudu besar gula
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR:

8 biji cili kering
5 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
3 cm halia

CARA MEMASAK :

-Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Cili kering perlu direbus dahulu atau direndam dalam air panas supaya menjadi lembut dan mudah dikisar.

- Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit.Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak . Kalau suka boleh biar sampai garing.

-Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dahulu sehingga terbit bau wangi kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan dikisar serta serai . Kacau semua bahan dan biarkan sampai sambal masak kemudian masukkan sos cili , sos tomato dan bawang besar serta kacau lagi . Masukkan gula dan garam kacau tambah bahan jika ada yang terkurang .

-Kemudian masukkan ayam ke dalam sambal dan gaul rata sampai mesra . Terus mengacau untuk 10 minit lagi dan boleh la dimatikan api dapur.

Pajeri Nenas




BAHAN-BAHAN :

1 biji nenas -sederhana besar
5 cawan santan pekat
1 genggam udang kering
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 peket serbuk kari daging
4 camca besar kerisik
3 camca besar gula
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan nenas dan potong ikut saiz yang sesuai .Basuh udang kering.

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang + halia , kulit kayu manis , bunga lawang+bunga cengkih , buah pelaga . Kacau semua bahan dan masukkan udang kering . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah di bancuh dwngan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan dan kacau , biar kuah mendidih sekejap dan masukkan gula , kerisik dan buah nenas . Masukkan garam secukup rasa dan terus kacau pajeri ini . Biarkan sampai nenas empuk , itu tanda pajeri sudah masak dan boleh la ditutup api . Dah pun masak....

Kari Daging


BAHAN-BAHAN :

500 grm daging batang pinang
6 biji ubi kentang - potong atau 4
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari daging
2 sudu cili kisar
3 cm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang ( 3 cm) kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
Garam secukup rasa

Tak perlu guna cili kisar kalau tak mau kari pedas sikit


CARA MEMASAK :

Bersihkan daging dan potong kecil-kecil , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus-halus.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , halia , kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sampai bawang layu . Kemudian bancuh rempah kari dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk . Masukkan juga cili giling dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan daging , biarkan kuah mendidih baru la dimasukkan ubi kentang dan garam . Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la di tutup api dapur. Dah pun masak , mudah saja....

Kari Ayam


Bahan-Bahan
1 ekor ayam tanpa kulit
2 biji bawang besar – dihiris halus
Minyak secukupnya
1 cawan air
2 biji ubi kentang dibelah 4
Daun pudina agak lebih sedikit
Sedikit daun ketumbar – dihiris halus
2 biji tomato dibelah 4
2 batang lada hijau dibelah 2
Garam
Aji-no-moto
2 biji tomato – dipotong dadu
2 biji bawang putih – dikisar
1 sentimeter  halia
4 sudubesar kari daging Babas
1 sudubesar tomato puree
3 biji buah pelaga
2.5 sentimeter kayu manis
4 biji bunga cengkih
Cara Penyediaan:
1.  Panaskan minyak, tumiskan bawang yang dihiris bersama buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan tomato sehingga bawang berwarna kuning.
2.  Masukkan bahan-bahan yang dikisar, daun pudina dan juga tomato puree. Kacau rata-rata.
3.  Masukkan ayam,  kacau dan tutup periuk selama 3 minit.
4.  Taburkan kari powder ,kacau rata-rata dan tutup selama 5 minit.
6.  Masukkan 1 cawan air, ubi kentang, tomato dan lada hijau. Tutup dan masak sehingga ayam dan ubi empuk.
7. Tuangkan kari ayam yang telah dimasak ke dalam mangguk dan taburkan daun ketumbar

Kek Hitam Manis


 Bahan-Bahan:   
1 cawan tepung gandum  
1 cawan soft margarine  
1 cawan gula 1 sudu ovellete 
3 biji telur ayam 
1 sudu esen vanilla 
2 sudu serbuk coklat van houten 

Cara : 
Pukul margarie dan gula sampai gebu (putih kekuningan).
Lepas tu masuk telur sebiji demi sebiji..Pukul sampai gebu lagi..Lepas tu, campur esen vanilla & ovellete , then serbuk coklat . 
Masuk adunan dalam bekas 
Panaskan oven sampai 170 degree dan bakar selama 40 minit..  

Kek Coklat Lembab






Bahan A. 
1 cawan air  
1 cawan coklat / koko (Van Hountan)  
1/2 cawan gula halus 


Bahan B. 
250 gm Buttercup (1 Ketul la..)  
2 cawan gula halus  
2 cawan tepung kek  
6 biji telur ayam  
1 sudu teh vanilla  
 
Cara: 


Bahan A.   
1. Bahan A disatukan & diletakkan ke dalam periuk  
2. Panaskan di atas api yang kecil.  
3. Kacau sehingga ia likat  
4. Biarkan seketika 
 

Bahan B. 
1. Pukul butter sama gula hingga kembang  
2. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi..  
3. Masukkan esen vanila  
4. Masukkan tepung kek berselang seli dengan bahan A tadi  
5. Kacau hingga sekata  
6. Masukkan dlm loyang & bakarlah dgn api yg sederhana  

Kek Coklat Tanpa Tepung


Bahan bahan :  
 250gram Almond nuts  
250gram caster sugar  
250gram cooking chocolate  
5 biji putih telur  
5 biji kuning telur  
175gram butter  
sedikit garam    
 
Cara :
1. rendam almond nut, kupas kulit and bakar pada suhu 180c for 20 minit.   
2. kisar halus almond nut tadi. Tapi kalau tak halus pun takpe.   
3. Cairkan butter, caster sugar dan cooking coklat di atas air mendidih.  4. masukkan kuning telur ke dalam campuran butter, gula dan cooking coklat tadi. 
5. pukul putih telur dengan sedikit garam sehingga kembang. PAstikan bekas digunakan untuk memukul telur tuh betul betul kering dan telur tu dipukul betul betul kembang.

6. masukkan bancuhan kuning telur = coklat = gula = butter ke dalam putih teluryang dah kembang.   

7. panaskan ketuhar.   
8. Kacau adunan hingga sebati.   
9. masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan mentega.   
10. bakar pada suhu 180 darjah celcius selma satu jam .    

Kek Epal


Bahan-Bahan: 
1 cawan tepung gandum tulen naik sendiri(wholemeal)
2 auns mentega
½ cawan gula merah
1 biji telur
4 sudu besar susu
Sedikit kulit limau parut 1 biji buah epal hijau
1 sudu besar gula halus
½ sudu teh serbuk bunga cengkih
Sedikit garam

Cara : 
Pukul mentega dan gula merah sampai lembut.
Masukkan telur dan kulit limau (separuh sahaja). Masukkan tepung diselang-seli dengan susu dan kacau rata.
Tuangkan adunan ke dalam acuan sandwic. Kupas buah epal dan potong nipis-nipis.
Aturkan di atas adunan kek tadi.
Campurkan gula, serbuk bunga cengkih dan kulit limau yang separuh lagi. Taburkan di atas buah epal. Bakar 35-40 minit.

Kek Halia


Kek Halma


Gambar ini hanyalah untuk hiasan sahaja

Kek Halma
Bahan-Bahan: 
8 auns kurma (dibuang biji)
1 sudu teh soda bikarbonat
150 ml air panas
4 auns gula merah
4 auns mentega
2 sudu besar sirap kencana hitam 1 sudu besar sirap kencana pucat
2 biji telur
8 auns tepung naik sendiri
2 sudu teh serbuk halia
2 sudu besar gulai aising

Cara :
Cincang buah kurma, taburkan sedikit soda bikarbonat.
Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi 150 ml air panas dan biar sehingga sejuk.
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kedua-dua sirap kencana hitam dan pucat.
Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi. Masukkan tepung, halia, buah kurma serta airnya sekali kacau.
Tuang ke dalam acuan bulat dan bakar selama 50 - 60 minit. Setelah dikeluarkan dan bila sejuk barulah ditabur gula aising.

Kek Gulung Pandan


Kek Gulung Pandan
Bahan-Bahan
Untuk Span Pandan:
10 biji telur
180 gm gula
175 gm tepung gandum
12 gm tepung jagung
62 gm mentega cair
2 helai daun pandan Untuk Krim Perasa Pandan: 
250 liter susu segar
60 gm gula
3 biji kuning telur
30 gm serbuk santan
250 gm krim putar
10 gm serbuk gelatin
2 helai daun pandan

Cara : 
Tepung gandum & tepung jagung diayak bersama-sama.
Kisar daun pandan dengan air sebelum ditapis & dicampur denagn mentega cair.
Pukul telur & gula hingga kembang kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Kacau hingga rata & masukkan campuran air daun pandan & mentega. Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam acuan kek gulung yang telah digriskan & bakar pada suhu 200C (8 minit). Untuk membuat krim perasa pandan, kisar daun pandan dengan susu sebelum ditapis & disuamkan.
Gula dikacau dengan kuning telur, campurkan air daun pandan & susu, serbuk santan & gelatin. Kacau hingga larut barulah dimasukkan krim putar. Kek yang sudah masak ditiarapkan ke atas gris yang dipotong panjang. Tuangkan krim perasa pandan ke atas kek, sapu rata. Angkat hujung kertas gris, gulung kek perlahan-lahan sebelum dipotong.